Monday, 19 March 2018

Doa Banyakkan Susu Ibu


Antara doa yang diamalkan sebelum mengepam susu...

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku.  Banyakkanlah susuku untuk bayiku.  Permudahkanlah perjalanan untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.  Ya Allah, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu.  Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"....Aamiin

dan

"Ya Allah, dengan kasihMu, ampunkan dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibubapaku dan muslimin muslimat.  Ku Mohon padaMu luaskan rezeki kami juga rezeki anak yang ku susui.  Lancarkan susu kami demi anak yang kami kasihi.  Semoga dengan berkat susu ibu yang penuh dengan khasiat ini, mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, pintar, cerdas dan menjadi saham akhirat kami.  Semoga keberkatan susu ini kami dapat membesarkan anak-anak kami menjadi insan berguna kepada agamaMu"...Aamiin

Sambil mengepam tu lapangkan fikiran dan banyakkan berzikir...
Allahuakbar 33x
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Ya latif 33x
Ya Matin (dibaca sehingga habis waktu mengepam)

Bila berzikir hati jadi tenang dan susu pun akan banyak keluar...InnsyaAllah.









Detik Permulaan 💋


Dah lama tinggalkan dunia blogger nie. Tiba-tiba je rasa macam nak mula balik.
Nak cerita tentang perjalanan BF ku yang telah bermula since 30 September 2017 untuk dijadikan satu kenangan. Bukan mudah rupanya BF ni banyak yang perlu dikorbankan esp dari segi masa. Tapi takpe segalanya sanggup kutempuhi asalkan anak kecilku ini mendapat yang terbaik.  Semoga ada ganjaran yang  menanti ku nanti...InnsyaAllah 😊